Angsa China
Angsa China

Angsa China

Angsa China adalah satu baka angsa domestik yang berasal dari angsa Swan. Ia berasal daripada China. Angsa China berbeza dari angsa liar di mana saiznya lebih besar (sehingga 5–10 kg bagi angsa jantan, 4–9 kg bagi betina), dan kadang kala memiliki tombol basal pada bahagian atas paruhnya. Benjolan ini lebih besar pada angsa jantan berbanding angsa betina. Ia memerlukan beberapa bulan untuk benjolan ini membesar bagi digunakan untuk menentukan jantinanya. Angsa China adalah saudara rapat pada angsa Afrika, satu baka yang lebih berat dan juga berasal dari angsa Swan.Angsa China boleh didapati dalam dua variati iaitu perang (serupa dengan angsa Swan liar) dam putih. Meskipun angsa China domestik mempunyai jenis badan yang serupa dengan baka-baka lain, standard baka yang ditakrifkan dalam Standard Kesempurnaan, Persatuan Unggas Amerika dan sumber-sumber lain menentukan ia sejenis unggas tinggi dan kurus.[1]Angsa China adalah antara baka angsa yang mampu bertelur dengan baik. Seekor angsa China betina boleh bertelur sehingga 50–60 biji sepanjang musim membiak (Februari hingga Jun), walaubagaimanapun terdapat laporan yang mendakwa angsa China bertelur sehingga 100 biji pada waktu ini.[2]